Monday, 17 March 2014

Teh???
Gemar minum teh????
Disini sedikit sejarah teh dan khasiat yang ada dalam teh.
Sejarah Teh….
Penemuan dan penggunaan teh pertama dimulai oleh Shen Nong pada zaman China Kuno sekitar 5000 hingga 6000 tahun yang lalu. Pada awalnya teh cina digunakan untuk ubat pelbagai jenis penyakit. Tetapi pemgembangan teh sebagai minuman pada akhir Dinasti Zhou (1124 – 222 M). sejak itu, teh semakin terkenal sebagai minuman mahupun untuk perubatan. Penyebaran teh ke Negara lain bermula sejak abad ke-6 masehi.  Ini adalah permulaan sejarah teh menjadi terkenal seluruh dunia.
Teh yang diproses mempunyai tiga jenis, iaitu:
1.    Teh hijau (tidak difermentasi)
2.    Teh oolong (semifermintasi)
3.    Teh hitam (fermentasi)
Antara ketiga-tiga jenis teh ini. Teh hijau lebih banyak memberi manfaat dan juga kesihatan seseorang. Disini sedikit pengetahuan kelebihan manfaat yang ada pada teh hijau:
1.    Teh hijau sesuai bagi yang sedang berazam untuk menurunkan berat badan kerana ia dapat meningkatkan metabolisme seseorang. Tambahan pula,teh hijau dapat melawan flu kerana memperkuatkan sistem imun.

2.    Teh juga dapat membantu seseorang itu menghindari dari stress kerana ia bersifat penenang dan mampu melawan radikal bebas.


3.    Secara tidak lansung teh membantu untuk mengekalkan kecergasan memori atau fungsi otak. Seorang dewasa yang meminum dua gelas teh hijau akan merasai peningkatan masalah kognitif daripada mereka yang tidak menggemarinya. Ini kerana dos antioksidan yang terkandung dalam minuman ini dapat melawan radikal bebas yang merosakkan saraf-saraf dalam otak.

4.    The juga bermanfaat untuk mencegah kanser. Menurut satu kajian yang diterbitkan dalam Journal of Cellular Biochemistry edisi Julai, kandungan polifenol yang terdapat dalam teh berperanan sebagai pencegah kanser. Daun teh hijau yang telah dikeringkan mempunyai 40% kandungan polifenol. Polifenol adalah sejenis antioksidan yang sangat kuat yang mana ia mampu meneutralkan radikal bebas yang menjadi penyebab kanser. Selain itu, sejak 20 tahun lalu telah dilakukan kajian hijau ni dan kesannya terhadap kanser melalui percubaan terhadap haiwan. Sejak itulah pengambilan teh hijau ni makin dipercayai dapat mengurangkan risiko terkena penyakit kanser.

5.    Antioksidan yang terdapat dalam teh dapat melindungi tubuh daripada penyakit tertentu seperti masalah sakit jantung, strok dan kanser. Flanovoid iaitu sejenis antioksidan yang terdapat dalam 3 cawan teh adalah lapan kali lebih kuat dari yang diperoleh daripada sebiji epal. Satu kajian telah dilakukan di daerah Schizouka, Jepun pada tahun 1994. Hasilnya, kadar kematian masyarakat di situ 10 hingga 15 peratus lebih rendah dibandingkan dengan kadar kematian di daerah Jepun yang lainnya.
Khasiat dan kebaikan biji anggur Siapa yang tidak gemar dengan buah anggur kerana kemanisannya . Buah anggur mengandungi vitamin A, C dan B16 yang tinggi folat, kalsium, potassium, mangan, zink,kuprum dan besi dan semua bahan yang diperlukan untuk kesihatan badan. Anggur juga mengandungi polifenol yang mempunyai antioksida dan ciri-ciri antikeradangan yang mengurangkan kerosakan DNA disebabkan oleh radikal bebas. Polifenol menjadi tumpuan untuk dikaji kerana dapat menghindari penuan, penyakit kardiovaskular, dan juga kanser. Malah ramai tidak tahu bahawa khasiat pada bijinya. Dengan ini mari kita mendalami khasiat dan kelebihan yang ada pada biji anggur (Vitis vinifera):

 1. Biji anggur juga mengandungi endungeoned pycnogenol. Ia berfungsi untuk menguatkan dan kolegan dalam tubuh dan memberi kulit sihat, baik untuk pembuluh darah dan mencegah gejala stroke.
2. Ia juga, anti-oksida yang tinggi kerana manfaat yang ada pada biji anggur ini dapat memelihara sel-sel pada tubuh manusia da secara tidak langsung dapat membuatkan seseorang itu lebih awet muda dan dapat menguatkan anti-body seseorang.
3. Grape seed proanthocyanidins/GSPs dapat melawan sinar UV kepada tubuh kerana sinar UV jika dibiarkan akan terkena pada tubuh yang boleh menyebabkan kanser.
 4. Biji anggur “anti-alergenik” dan “anti-keradangan” kerana Iaitu ia menguatkan pembuluh darah, membantu pengaliran, memperbaiki keanjalan kulit dan mengalakkan pertumbuhan rambut.
 5. Ektrak biji anggur mengandungi bioflavonoid yang berfungsi melindungi membran sel dan menjaganya daripada terjadi kerosakan pengoksidaan disebabkan radikal bebas.
6. Khasiat biji anggur ini membantu untuk mengurangkan anti-kedutan kerana memberi perlindungan kardiovaskular dengan menghindari oksidasi lipoprotein yang menjadikan ia sukar untuk melekat pada pembuluh darah di dalam badan.
 7. Ia juga menguatkan arteri, menjadikan ia tidak mudah rosak. Sangat berguna untuk membantu mengawal alergi, katekin (sejenis hormon yang meresap lemak dalam sebatian) yang dimilikinya untuk menghalang enzim yang membentuk histamin (sebatian nitrogen organik yang terdapat di dalam tindakbalas imunisasi yang juga mengawal fungsi psikologi di dalam usus dan bertindak sebagai neurotrasmiter) dan ia dapat mengurangkan alergi.
 8. Biji anggur juga, memberi kebaikan kepada wanita kera ia juga membantu menghindari daripada kanser payudara.